31 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 8 pagi

Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Sebanyak 31 daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bacaan tertinggi direkodkan di IPD Serian 180, Johan Setia Selangor 175 dan Sri Aman Sarawak 167.
  • Kuching 165, Shah Alam 162, Samarahan 158, Putrajaya 157, Kuala Selangor dan Nilai 156 juga tidak sihat.
  • APIMS merekodkan 36 stesen IPU sederhana manakala tiada stesen pada tahap baik, sangat tidak sihat atau berbahaya.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPD Serian, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 180, diikuti Johan Setia, Selangor (175) dan Sri Aman, Sarawak (167).

Kuching turut merekodkan IPU 165, Shah Alam (162), Samarahan (158), Putrajaya (157), manakala Kuala Selangor dan Nilai masing-masing mencatatkan 156.

Beberapa kawasan lain turut berada pada tahap tidak sihat termasuk Bukit Rambai (155), Minden (154), Seri Manjung (154), Batu Muda (154), Tasek Ipoh (153), Seremban (153) dan Batu Pahat (153).

Sungai Petani, Balik Pulau Taiping, Banting, Segamat, Sarikei serta Tangkak pula berada pada paras 152.

Sementara itu, Klang merekodkan IPU 151, Petaling Jaya (144), Alor Gajah (139), Seberang Perai (134), Pegoh Ipoh (129), Kota Tinggi (127) dan Kluang (103).

APIMS turut merekodkan 36 stesen mencatat bacaan IPU sederhana, manakala tiada stesen berada pada tahap baik, sangat tidak sihat atau berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.