IPOH, 3 Mac- Kira-kira 300 warga Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Zon Utara menyertai sesi dialog awam atau 'town hall' bersama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohammad Mentek.
Sesi yang diadakan di Auditorium Jabatan Penyiaran Perak itu, berlangsung selama satu jam.
Antara yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman, Pengarah Penerangan Perak Mohd Rizal Hashim, Pengarah Penyiaran Perak Syazariah Majidi, Pengarah Penerangan Perak Mohd Rizal Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Roslan Ariffin.
Mohammad menasihati warga KKD agar menjalinkan hubungan, aktiviti dan kerjasama strategik antara kementerian, jabatan dan agensi dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Di samping itu, beliau turut memberi peluang kepada warga KKD yang hadir untuk mengutarakan semua masalah atau isu berbangkit dan berkongsi perkembangan kementerian.
Mohammad sebelum itu, meluangkan masa kira-kira 30 minit bersiaran di konti Perakfm.
(300 warga KKD Zon Utara sertai sesi dialog awam bersama KSU)