fb fb fb fb fb

1,000 pegawai kesihatan digerakkan ke seluruh PPS di Johor

YONG PENG, 3 Mac- Kira-kira 1,000 pegawai kesihatan telah ditempatkan di semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di Johor.

Exco Kesihatan dan Perpaduan, Ling Tian Soon berkata meski, terdapat kekangan untuk menempatkan anggota di setiap PPS, perkara tersebut dapat diatasi pihaknya menerusi keperluan di PPS masing-masing.

"Kita cuba gerakkan pegawai dari klinik kesihatan yang berdekatan untuk memberi bantuan di PPS mangsa banjir.

Meski ada kekangan anggota, agihan pegawai dibuat mengikut keperluan di setiap PPS," kata Ling Tian Soon kepada pemberita RTM, di sini.


(Wartawan RTM Johor, Annaz Md Nor mendapatkan maklumat semasa berhubung situasi
banjir di Johor daripada Exco Negeri, Ling Tian Soon)

Susulan pembukaan PPS melibatkan masjid di kawasan banjir, pihak KKM juga telah menempatkan anggota untuk membantu operasi.

Beliau yang juga ADUN Yong Peng sebelum itu turut meninjau situasi banjir di kawasan sekitar termasuk di Kampung Paya.

Sehingga petang tadi, lebih 3,600 penduduk dalam kawasan Parlimen Ayer Hitam dipindahkan ke PPS.

Media Baharu