fb fb fb fb fb

3 PPS bagi 168 orang terkesan banjir di Pontian, Johor.

PONTIAN, 5 Mei - 3 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi 31 keluarga iaitu 168 orang yang terkesan akibat banjir di sini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah penduduk terjejas paling ramai dipindahkan ialah dari Kampung Jaya Sepakat, 117 orang daripada 20 keluarga dan dipindahkan keSekolah Kebangsaan Seri Bunian yang dibuka 9 malam semalam.


(Banjir di Pontian, Johor)

Manakala 19 penduduk daripada empat orang keluarga dari Kampung Sri Segambut, ditempatkan di PPS SJK Melayu Raya.

Di Kampung Bukit Panjang pula, 32 penduduk terjejas daripada 7 keluarga, di SK Seri Bukit Panjang.

Operasi pemantauan masih dilakukan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Penghulu, Ketua Kampung, Rela, Polis DiRaja Malaysia(PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu di Mersing, sebuah PPS Kompleks Penghulu Mukim Jemaluang dibuka sejak petang semalam, menempatkan 31 mangsa kebakaran dua buah rumah di Kampung Gajah Mati.

Media Baharu