fb fb fb fb fb

Curi motosikal 2 lelaki ditahan Polis

BATU PAHAT, 5 Mei - Dua lelaki berumur 14 dan 44 tahun, ditahan kerana memiliki motosikal curi, menerusi Op Motosikal, yang dijalankan di Batu Pahat, Johor, 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah memaklumkan, empat motosikal turut disita, kerana mengubahsuai pelbagai struktur tanpa kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selain itu, 25 saman turut dikeluarkan terhadap penunggang motosikal.


(Op Motosikal, yang dijalankan di Batu Pahat, di sini)

Operasi adalah sebahagian daripada Op Selamat 18/2022, bertujuan membendung kegiatan kumpulan remaja bermotosikal, melakukan pengubahsuaian struktur.

Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu