fb fb fb fb fb

Op Selamat 18: polis Kedah keluarkan 13,024 saman

ALOR SETAR, 5 Mei- Polis Kedah mengeluarkan sebanyak 13,024 saman dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussin berkata, kesalahan memandu melebihi had laju mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 9, 413 saman.

Bagi tempoh sama juga, 660 kes kemalangan direkodkan dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 135 kes berbanding tempoh sama pada Op Selamat 15.

Sebanyak sembilan kes kemalangan maut yang dicatatkan dengan lima daripadanya merupakan penunggang motosikal dan satu pembonceng.

Justeru, penunggang motosikal diingatkan supaya tidak berlumba dan membawa motosikal secara berbahaya.

Pengguna lain juga dinasihat memandu secara berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan.


(GAMBAR FAIL)

Media Baharu