KUALA LUMPUR, 5 Mac - Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) serta kemudahan pinjaman Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), antara usaha kerajaan ke arah memperkasa golongan usahawan dan peniaga kecil di luar bandar di seluruh negara.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, sehingga kini seramai 3,812 usahawan luar bandar menerima manfaat di bawah skim SPED dengan melibatkan pinjaman bernilai RM387 juta.
"Manakala di bawah program SPKLB pula, seramai 2, 601 orang usahawan dari seluruh negara telah menerima manfaat daripada Geran SPKLB dengan nilai lebih RM16.7 juta sejak ia mulak dilaksanakan pada tahun 2019.
"Daripada jumlah itu, seramai 196 daripada penerimanya terdiri daripada usahawan luar bandar, dan Sarawak," katanya menjawab soalan Roy Angau Gingko (GPS-Lubok Antu) yang ingin tahu jumlah bantuan yang telah disalurkan di bawah SPED dan SPKLB pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, kedua-dua program itu merupakan program dilaksanakan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebagai usaha membantu dan membuka peluang kepada usahawan serta peniaga kecil menjana ekonomi pendapatan.