ALOR SETAR,14 November - Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) Kedah merampas kira-kira 3,730 liter minyak diesel subsidi dengan nilai RM8,000 menerusi Ops Gegar di Bukit Kayu Hitam pada 7 November lalu.
Turut ditahan empat buah lori treler yang dipercayai digunakan untuk menyeludup barangan kawalan itu.
Kesemua pemandu lori treler merupakan warga Thailand berusia 20 hingga 50 tahun ditahan untuk siasatan.
Pengarah Kastam Negeri Nor Izah Abd Latif berkata, hasil risikan minyak diesel tersebut diperolehi dari gudang dikawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam.
Minyak diesel kemudiannya diisi ke dalam tangki yang telah diubah suai dan dipercayai diseludup keluar kenegara jiran, Thailand.
"Kalau ikut yang kami nampak dia masuk seperti biasa, konon-konon untuk ambil barang, satu daripada daripada yang lori dirampas ada barang di kontenanya, jadi dia nak keluar seperti biasalah. Tetapi kebetulan pada hari itu apabila hasil risikan, hasil siasatan memang kita nampak ada sampingan aktiviti yang biasa mereka buat itu," kata Nor Izah, di sini.
Kes disiasat bawah sekysen 135(1) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang tidak berkastam atau larangan.