fb fb fb fb fb

28 notis dikeluarkan menerusi Ops Kesan 2.0 di Terengganu

Saharuddin Mohd Kia

KUALA TERENGGANU, 15 Jun- Sebanyak 28 Notis dikeluarkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 menerusi pelaksanaan Ops Kesan 2.0 di Terengganu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata, ia termasuk 12 Notis Pengesahan Maklumat Harga dan 16 Notis Bertulis.

Kesemua notis berkenaan dikeluarkan terhadap 28 syarikat penerima Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi.

"Saya semak tadi mana tak ada isu mana harga sama sepertimana biasa Jadi kita mengharapkan supaya diperingkat runcit tidak ada yang mengambil kesempatan dengan sengaja menaikkan harga.

"...dengan alasan penyasaran subsidi diesel. Ia bermula daripada pemborong ke peruncit. Sekiranya tiada harga dinaikkan di peringkat pemborong jadi apa alasan di peringkat runcit untuk menaikkan harga," tegas Saharuddin ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pemeriksaan Ops Kesan 2.0 di sini.

Daripada 28 syarikat penerima Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi, 12 notis dikeluarkan di Kuala Terengganu, Dungun (6), Kemaman (4), Besut (3) Dan Hulu Terengganu (3).

Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur kenaikan harga dikesan terhadap syarikat pengangkutan manakala 15 notis bertulis, masih dalam siasatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI