fb fb fb fb fb

Komuniti MADANI bantu kerajaan sampaikan maklumat sahih

Teo Nie Ching

TAMPIN, 15 Jun- Seramai 1,878 Komuniti MADANI perlu kekal proaktif dalam membantu kerajaan menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Komuniti itu juga berperanan sebagai jentera penting dalam mendapatkan maklum balas dari peringkat akar umbi dan menyampaikan semula kepada kerajaan.

"Kita perlu berusaha untuk mendidik masyarakat dengan menjelaskan BUDI Individu boleh didaftar untuk mereka yang mempunyai kenderaan peribadi.

"Sementara itu petani atau pekebun kecil mereka juga boleh mendaftar bawah BUDI Agro Komuniti. Jadi untuk pengangkutan lain mereka ada mysubsidi diesel. Sebenarnya kita rangkum hampir semua sektor, dan kita juga mahu memastikan subsidi yang diberikan dapat dinikmati oleh warga Malaysia dan bukan warga asing," katanya selepas menyempurnakan perasmian program Jiwa Komuniti MADANI Parlimen Tampin di Kompleks Arena Daerah Tampin, di sini.

Menurut Teo, tiga wakil untuk satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam untuk satu kawasan Parlimen di Kuala Lumpur.

Di Negeri Sembilan, 67 daripada 108 Komuniti MADANI telah menerima geran pentadbiran sebanyak RM3,000, manakala bakinya (41) akan menerima geran pentadbiran pada Julai depan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI