fb fb fb fb fb

Lebih 5.7 juta pelancong datang ke Melaka

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 15 Jun- Lebih 5.7 juta pelancong datang ke Melaka bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu merupakan satu petanda positif dan melebihi sasaran yang ditetapkan sebelum ini.

"Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan dokongan dalam kempen TMM2024 ini dan kita dapat mencapai sasaran asal.

"...pada enam bulan pertama seramai 5.7 juta pelancong telah datang ke Melaka, " katanya selepas mengiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam melawat ketiga-tiga tapak pameran berkenaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Bermula semalam hingga Ahad (esok), Melaka dijangka menerima tambahan lebih 100,000 pengunjung lagi berikutan penganjuran tiga pameran utama yang berlangsung serentak di MITC.

Tiga pameran berkenaan ialah Pameran hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Keluarga Diraja Johor dan Malaysia Bike Week mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung.

Selain tiga pameran itu, satu lagi tarikan yang boleh menggamit pelancong adalah Persembahan Muzika Gita Citra di Encore Melaka malam ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI