fb fb fb fb fb

27 lelaki warga Bangladesh ditahan guna pasport palsu

27 lelaki warga Bangladesh ditahan selepas disyaki menggunakan pasport palsu

KUALA LUMPUR, 16 Januari- Seramai 27 lelaki warga Bangladesh ditahan selepas disyaki menggunakan pasport palsu ketika mendaftar bagi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0, pukul 11.00 pagi tadi.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh, "hasil pemeriksaan menggunakan Sistem Jabatan MyIMMS mendapati terdapat pindaan pada butiran nombor pasport lama dan butiran diri dalam pasport pada muka surat biodata kesemua lelaki Bangladesh berkenaan.

"Seorang wanita tempatan berusia 39 tahun yang merupakan wakil majikan yang mengiringi kesemua lelaki terbabit ke pejabat imigresen juga ditahan. ," kata Ruslin.

Seorang wanita tempatan berusia 39 tahun yang merupakan wakil majikan yang mengiringi kesemua lelaki terbabit ke pejabat imigresen turut ditahan.

Wanita tersebut ditahan mengikut Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan ke Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Manakala, kesemua warga asing berusia lingkungan 24 hingga 56 tahun itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(l) akta sama iaitu menggunakan atau memiliki dokumen perjalanan yang dipinda atau dipalsukan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI