fb fb fb fb fb

26 penduduk masih berada di PPS Kubang Pasu, Kota Setar

Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah semakin berkurang

ALOR SETAR, 17 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah semakin berkurang.

Setakat pukul 8.00 malam tadi, hanya 26 penduduk melibatkan lima buah keluarga di Kubang Pasu dan Kota Setar masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah Mejar (Pertahanan Awam) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, di Daerah Kubang Pasu, 20 penduduk masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Malau.

Manakala di Daerah Kota Setar, enam penduduk ditempatkan di PPS SK Titi Gajah.

Sementara itu, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan, SMK Alor Merah ditutup pada pukul 6.00 petang tadi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI