fb fb fb fb fb

26,653 kes sembuh COVID-19 dicatatkan semalam

KUALA LUMPUR, 10 Mac - Sebanyak 26,653 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kumulatif COVID-19 sebanyak 3,367,542 kes.

Jumlah kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula berjumlah 388 kes dengan 225 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan 5 lagi kluster baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 424 kluster.

(Gambar fail)

"Daripada 30,246 kes harian yang dilaporkan semalam juga, 9,797 kes merupakan kategori satu, dan 20,226 kes adalah kategori dua.

"Manakala 115 kes merupakan kategori tiga, 54 kes merupakan dari kategori empat dan kategori lima," menurut kenyataan tersebut.

418 kes import yang dikesan melibatkan 388 warganegara dan 30 bukan warganegara.

Media Baharu