fb fb fb fb fb

25 nelayan ditahan positif dadah

KUALA KEDAH, 4 Oktober- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Kota Setar dan Pokok Sena berjaya menahan 25 individu majoritinya nelayan tempatan kerana positif dadah.

Op Bersepadu itu dijalankan sebagai usaha membanteras aktiviti penagihan dadah dalam kalangan komuniti nelayan di sekitar perairan Kuala Kedah, pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, operasi melibatkan 39 pegawai dan anggota daripada kedua-dua agensi di jeti-jeti bot selain melakukan pemeriksaan secara rawak ke atas bot nelayan tempatan yang berada di sekitar perairan berkenaan.
 
Kesemua warga tempatan itu disyaki positif dadah jenis Methaphetamine masing-masing melibatkan tujuh orang lelaki yang ditahan ketika ketika melakukan saringan air kencing, manakala 18 lagi ditahan di jeti-jeti bot.
 
Kesemuanya ditahan berumur dalam lingkungan umur 20 hingga 50 tahun dan diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut.
 
Noor Azreyanti berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara.
 
Masyarakat setempat turut diseru untuk menjadi ‘mata dan telinga’ bagi Maritim Malaysia dengan menyalurkan maklumat atau aduan bagi sebarang aktiviti jenayah serta kecemasan di laut.

(25 individu majoritinya nelayan tempatan ditahan kerana positif dadah)

Media Baharu