JOHOR BAHRU, 17 Februari- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 235 warga asing, di lima daerah, pada 14 Februari dan semalam, kerana melakukan kesalahan imigresen, menerusi operasi dijalankan di 19 premis.
Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi turut menahan dua warga tempatan, berumur 32 dan 53 tahun, dipercayai menjadi penjaga dan pemilik premis pusat refleksologi terbabit.
"Operasi pada 14 Februari, menahan 130 orang, antaranya empat wanita China, lima wanita Thailand, 17 lelaki dan 17 wanita Indonesia, enam wanita Vietnam, 23 lelaki dan lima wanita Myanmar, serta dan dua lelaki India.
"Manakala operasi semalam, menahan 105 orang, melibatkan 77 lelaki Bangladesh, 16 lelaki dan tujuh wanita Indonesia, dua lelaki Myanmar, dua lelaki Pakistan dam seorang lelaki India," kata Mohd Rusdi.
Kesemua yang ditahan, berumur 18 hingga 54 tahun dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.