fb fb fb fb fb

Lebih 1,400 anggota PDRM dikenakan tindakan tatatertib

Datuk Seri Azri Ahmad

IPOH, 17 Februari- Seramai 1,404 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun lalu sekali gus mencerminkan komitmen dan ketelusan agensi penguatkuasaan itu dalam membanteras salah laku dalam kalangan anggota.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata, mana-mana anggota yang melakukan kesalahan tidak terlepas daripada dikenakan hukuman.

"Daripada 1,404 anggota yang dikenakan hukuman itu 164 daripadanya dibuang kerja, 32 orang turun pangkat, 15 turun gaji, 16 tangguh pergerakan gaji dan seramai 122 lucut hak emolumen.

"Selain itu seramai 256 lagi menerima hukuman denda dan 799 menerima hukuman amaran," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Perak di Mes Pegawai Kanan Perak, di sini.

Dalam pada itu berkenaan anggota yang dibuang kerja bukan hanya melibatkan kesalahan rasuah ia termasuk kesalahan narkotik, jenayah komersial, integriti serta tatakelola.

Hukuman itu dilaksanakan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI