fb fb fb fb fb

23 Anggota, pegawai PDRM Pahang dibuang kerja, tindakan diambil disebabkan pelbagai kesalahan

KUANTAN, 18 Januari - Seramai 23 anggota dan pegawai polis Pahang telah diambil tindakan dibuang kerja kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam tempoh dua tahun bermula 2020.

Tindakan dibuat selepas mereka didapati bersalah oleh mahkamah atas pelbagai kesalahan seperti penagihan dadah dan kesalahan jenayah lain.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, seramai 14 anggota dan pegawai diambil tindakan dibuang kerja pada 2020.

Manakala sembilan orang pada 2021 dengan kesalahan melibatkan jenayah narkotik, rasuah dan salah guna kuasa.

Ia sangat membimbangkan dan tindakan buang kerja diharap dapat jadi pengajaran dan peringatan kepada anggota dan pegawai lain yang sedang dalam perkhidmatan.

"Kita satu organisasi yang besar yang mana selalunya adalah penglibatan dalam kes kes jenayah kes kes rasuah penyalahgunaan dadah dan sebagainya kita tidak terkecuali itu sebagai premis yang utamanya tetapi yang kita nak tekankan bukanlah soal mereka itu dibuang kerja sebagai peringatan kepada mereka yang sedang dalam perkhidmatan ini untuk tidak menjinakkan diri dengan apa apa elemen negatif yang boleh memberi efek kepada diri mereka", Kata Datuk Ramli Mohamed Yoosuf ditemui selepas perhimpunan bulan Januari 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di Kuantan.

Dalam perkembangan lain katanya, "bagi tahun 2021, sebanyak 1,266 kertas siasatan pelbagai kesalahan jenayah komersial telah diselesaikan."

Seramai 1,101 pembekal dan 2,687 pemilik dadah bagi jenayah narkotik juga berjaya ditangkap.

Media Baharu