fb fb fb fb fb

KPN puas hati pematuhan SOP Thaipusam, keadaan di kawasan persekitaran kuil terkawal

BATU CAVES, 18 Januari - Kementerian Perpaduan Negara berpuas hati dengan tahap pematuhan orang ramai terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) Thaipusam yang ditetapkan kerajaan tahun ini.

Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata semua pihak terlibat telah mengawal keadaan di kawasan persekitaran kuil semasa sambutan upacara thaipusam.

Katanya lagi "cuma saya maklumkan tadi sop thaipusam berkuatkuasa hingga esok. Selepas itu pihak kuil boleh teruskan urusan menguna pakai sop selain rumah ibadat islam. Ini adalah terpakai kepada semua rumah ibadat dan termasuk kuil mariman devasthanam ini."

Datuk Halimah turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kelancaran penganut beragama Hindu melaksanakan ibadahnya.

Media Baharu