fb fb fb fb fb

22 Persatuan dan NGO Kedah terima geran tahunan daripada YSB

Foto RTM

ALOR SETAR, 6 Jun- 22 Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kedah menerima sumbangan geran tahunan daripada Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM45,000.

Geran tahunan berkenaan disampaikan oleh Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi YSB, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Geran tersebut merupakan inisiatif YSB untuk membantu persatuan dan pertubuhan  bagi meneruskan agenda dalam menjalankan aktiviti yang di rancang.

YSB turut menyampaikan sumbangan “ Smart TV” kepada 7 buah sekolah berjumlah RM14,000 dibawah projek Titian Bistari YSB antaranya dari daerah Pokok Sena, Kota Setar,Kuli/Bandar Baharu, Baling, Padang Terap  dan Pendang.

YSB turut menyampaikan sumbangan RM3,000 untuk Program  PembangunanAtlet Golf Remaja dibawah projek Titian Ehsan YSB

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD