fb fb fb fb fb

TMJ berkenan sempurnakan Majlis Pecah tanah Pejabat urusan Majlis Perbandaran Pengerang

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pejabat Urusan Majlis Perbandaran Pengerang di Kota Tinggi/Foto RTM

KOTA TINGGI, 6 Jun-Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pejabat Urusan Majlis Perbandaran Pengerang di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani, Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Reka bentuk pejabat urusan itu akan dibina berkonsepkan perahu layar jong sebagai simbol budaya serta lambang kemajuan pembangunan di kawasan berkenaan.

Ia menggambarkan simbol kawasan yang terkenal dengan aktiviti pelancongan dan industri bertaraf antarabangsa.

Pejabat urusan baharu itu bakal dibina di atas tanah kurniaan Kerajaan Negeri di Mukim Tanjung Surat, Bandar Penawar, Kota Tinggi, dengan keluasan 10.05 ekar dan dijangka siap pada penghujung tahun 2027.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD