fb fb fb fb fb

217 penuggang motosikal 'masuk perangkap' JPJ dalam Op Lejang

(FOTO IHSAN JPJ KEDAH)

SUNGAI PETANI, 7 Ogos - Seramai 217 penunggang motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dalam Op Lejang dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata operasi bersama Unit Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu memfokuskan penunggang motosikal terutama yang bergiat aktif di dalam aktiviti lumba haram di jalan raya.

Dalam operasi yang dilakukan malam semalam, sebanyak 310 notis telah dikeluarkan.

(FOTO IHSAN JPJ KEDAH)

Katanya, antara kesalahan yang dikesan termasuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insuran, tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh serta pelbagai kesalahan teknikal.

"Selain itu, kita memandang serius kesalahan tidak mempamerkan nombor pendaftaran. Kesalahan ini boleh didakwa dibawah Seksyen 14 (4) APJ 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3000.00 jika sabit kesalahan," katanya menerusi kenyataan.

Dalam operasi itu juga, sebanyak lima buah motorsikal turut disita.

Abdul Rahman turut menasihatkan pemilik dan penunggang motosikal supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak melibatkan diri didalam aktiviti sosial yang tidak sihat seperti berlumba di jalan raya serta menunggang motosikal secara merbahaya yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Media Baharu