fb fb fb fb fb

Program penyeragaman harga, peruntukan RM200 juta dimanfaatkan - PM

(FOTO IHSAN JPM)

KUCHING, 7 Ogos - Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu melalui Program Penyeragaman Harga tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana kerajaan menyedari perbezaan ketara harga barangan di bandar dan pedalaman di enam negeri terutama di Sarawak.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob / FOTO IHSAN JPM)

"Ini bagi membolehkan penduduk di kawasan pedalaman atau luar bandar menikmati tujuh harga barangan keperluan asas pada harga yang sama di bandar.

"Barangan tersebut ialah gula putih, tepung gandum kegunaan am dan bukan kegunaan am, minyak masak sawit,beras putih, gas petroleum cecair (LPG), petrol RON95 dan diesel," katanya ketika berucap di Majlis Penutupan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya, di sini.

Tambah Ismail, daripada RM200 juta yang diperuntukan, sebanyak RM125 juta ataupun lebih 62 peratus khusus bagi melaksanakan program tersebut di Sarawak yang memberi manfaat kepada 500,000 penduduk melibatkan 112 zon merangkumi 538 kawasan pengedaran.

Media Baharu