fb fb fb fb fb

21 ajaran difatwakan sesat di Johor

JOHOR BAHRU, 30 Julai- Majlis Fatwa Negeri Johor telah mewartakan sebanyak 21 ajaran sesat di negeri itu sejak tahun 2000 hingga Februari lalu kerana menyimpang dan menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ini termasuk ajaran meragukan, Isa bin Hussin yang diwartakan sebagai sesat, pada 28 Februari.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kerajaan negeri sangat serius menghalang dan mengekang apa juga bentuk ajaran yang menyalahi Ahli Sunnah Wal Jamaah demi kemakmuran negeri Johor.

"Kita Majlis Fatwa Negeri Johor akan terus meneliti setiap ajaran yang terdapat dalam negeri Johor Darul Takzim. Mana-mana yang terbabit dan dikategorikan sebagai tidak bersamaan Ahli Sunnah Wal Jamaah bahkan menyimpang, itu kita kategorikan sebagai ajaran sesat selagi dia boleh membawa kepada salah pandang orang Islam itu sendiri kepada akidah yang paling penting, dan juga salah amal dalam kalangan masyarakat kita. Yang terakhir pada tahun 2021," kata Mohd Fared kepada wartawan di sini.

(Mohd Fared Mohd Khalid menyatakan 21 ajaran difatwakan sesat di Johor)

Menurutnya, Modul Pendidikan Islam Sepanjang Hayat akan diperkenalkan dalam waktu terdekat bagi mengekang penyebaran ajaran sesat di negeri ini sekali gus menjadikan Johor negeri pertama memperkasakan modul tersebut.

Modul itu akan diseragamkan daripada peringkat sekolah hingga peringkat negeri melalui pengajian di kelas-kelas takmir dan agama di seluruh surau serta masjid negeri ini.

Media Baharu