fb fb fb fb fb

209 permohonan baik pulih bawah inisiatif perumahan veteran ATM

FOTO FAIL

BATU PAHAT, 16 Disember - Sebanyak 209 permohonan baik pulih dan 53 permohonan bina baharu telah diluluskan bagi inisiatif Perumahan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak RM6.19 juta hingga 31 November lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Semaon Marjuki berkata, ia termasuk lima permohonan bina baharu dan lapan permohonan baik pulih rumah di Johor.

Inisiatif bantuan perumahan diwujudkan bagi membantu veteran ATM daripada golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah atau menetap di rumah usang namun memiliki tanah sendiri.

Kos keseluruhan bagi sebuah rumah bina baharu yang ditawarkan adalah sebanyak RM75,080 dan RM85,000.

"Daripada 75,000 ini, 55,000 adalah daripada Kementerian Pertahanan menerusi JHEV, manakala 20,000 adalah subsidi atau dibantu oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang telah bekerjasama sejak 2021," kata Semaon.

Inisiatif tersebut juga dilihat sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan veteran ATM kepada negara.

TETITIA YUSOFF