fb fb fb fb fb

209 individu terima pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Selangor

SHAH ALAM, 10 Januari - Seramai 209 individu menerima pingat kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-74.

Istiadat pengurniaan pingat tersebut disempurnakan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Dewan Jubli Perak.

Seramai 32 individu dikurniakan Pingat Pekerti Pemilih (P.P.T), 41 individu pula menerima pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C).

97 penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) dan 39 penerima bagi Pingat Perkhidmatan Selangor.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Pengurniaan pingat kebesaran yang tertangguh susulan penularan COVID-19 bertujuan menghargai jasa dan sumbangan bakti yang dicurahkan kepada masyarakat dan negeri khusus di Selangor.

 

Media Baharu