fb fb fb fb fb

200 penduduk DUN Sikamat terima sumbangan sempena Deepavali

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun/Foto RTM

SEREMBAN, 30 Oktober-Hampir 200 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat menerima sumbangan bersempena dengan Sambutan Deepavali menerusi Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Dun Sikamat Tahun 2024.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, sumbangan kepada golongan yang memerlukan itu diharap dapat memberi kebahagiaan kepada mereka untuk menyambut perayaan itu.

"Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu di seluruh Negeri Sembilan.

"Semoga sambutan tahun ini akan menggembirakan semua keluarga yang menyambut hari Deepavali", katanya demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Dun Sikamat Tahun 2024 di sini.

Jelas beliau, sudah menjadi kebiasaan pihaknya menganjurkan majlis berkenaan bagi meraikan perayaan mereka yang beragama Hindu sekaligus untuk menyantuni golongan kurang berkemampuan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD