fb fb fb fb fb

2 maut motosikal bertembung di Rantau Panjang

FOTO RTM

PASIR MAS, 28 Mac- Seorang wanita dan seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang mereka tunggang dipercayai bertembung di Gual Tinggi, Rantau Panjang, tengah malam tadi.

Dalam kejadian sekitar 12.20 tengah malam, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Hamzah Musa, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.21 tengah malam sebelum segera bergegas ke lokasi.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Zurini Muhammad Nor, 44 tahun dan Nurul Aleeya Balqis Mohd Noor, 14 tahun. Kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang kedua-duanya bertembung secara berhadapan.

Seorang lagi remaja perempuan yang merupakan pembonceng salah sebuah motosikal mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE