2 individu termasuk seorang penjawat awam direman kerana rasuah

ALOR SETAR, 2 Julai- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kedah menahan dua individu termasuk seorang penjawat awam kerana disyaki bersubahat dengan sebuah syarikat penyelenggaraan dan pembersihan bagi menjalankan kerja-kerja berkaitan bernilai RM300,000.

Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali membenarkan kedua-dua suspek direman selama 5 hari sehingga 6 Julai 2025 selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 30-an itu telah ditahan antara pukul 11 pagi  hingga 2 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah, semalam.

Menurut kenyataan tersebut, Kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara tahun 2020 dan 2021.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bersubahat dengan suspek utama yang merupakan seorang penjawat bagi membolehkan kedua-duanya mendapat keuntungan daripada syarikat yang dilantik.
 
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. Kes disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.