fb fb fb fb fb

2 ditahan, dadah bernilai hampir RM160,000 dirampas

PERAK, 30 September- Dua lelaki ditahan dalam serbuan berasingan di Sitiawan dan Ipoh, Perak berkaitan dadah pada Isnin lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penahanan itu turut membawa kepada rampasan dadah jenis methamphetamine dan heroin bernilai hampir RM160,000.


(Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri memegang senapang yang dirampas)

Serbuan pertama dibuat di sebuah rumah di Taman Mewah Jaya, Sitiawan kira-kira 12.30 malam dan menahan seorang lelaki berusia 39 tahun.

"Dan hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut telah menjumpai tiga laras senapang angin, satu pucuk pistol tiruan, satu balang gas yang diubah suai satu pasang gari bersama sarung gari, dua anak kunci gari dan satu bungkusan plastik lutsinar mengandungi dadah jenis methamphetamine anggaran berat 6 gram dan nilai keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah RM350," katanya.

Bagi kesalahan dadah kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala kesalahan memiliki senapang angin dan senjata tiruan. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

Pada hari sama, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 22 tahun di Terminal Bas Meru Jaya, Ipoh selepas menemui menemui 10 bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki heroin seberat 4.5kg.

Dadah tersebut disyaki untuk pasaran tempatan dan boleh digunakan kira-kira 15,000 penagih.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952.

Media Baharu