fb fb fb fb fb

21 sarang penagih dadah diserbu Polis Perak

IPOH, 30 September- Seramai 408 individu ditahan membabitkan nilai rampasan dadah berjumlah lebih RM194,000 sepanjang tiga operasi dijalankan, sejak 26 September lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua ditahan berumur antara 16 hingga 63 tahun.


(Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri)

Tangkapan dibuat hasil serbuan di 21 sarang penagihan dadah seperti Skim Felda, ladang swasta, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan jeti nelayan.

"Dalam operasi ini juga seramai tujuh orang individu telah ditangkap di bawah akta langkah-langkah pencegahan khas (lppk) 1985 bagi mengekang aktiviti pengedaran dadah, seramai 14 individu yang dikategorikan sebagai orang yang dikehendaki (wanted person) juga telah ditangkap,"katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK Perak), Ipoh, di sini.

Sepanjang operasi tersebut, pihaknya turut menyita dua buah kereta, empat motorsikal dan wang tunai berjumlah RM64,018.

Media Baharu