fb fb fb fb fb

Lebih 190 warga asing selesai hukuman penjara dihantar pulang

Foto facebook Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 19 Oktober - Seramai 193 warga asing dari pelbagai negara dihantar pulang ke negara asal mereka sepanjang minggu ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2, Terminal Feri Muar di Johor, serta Pusat Pemeriksaan (ICA) Woodlands melalui Pejabat Bangunan Sultan Iskandar, di sini.

Menurut kenyataan di Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, mereka dihantar pulang setelah selesai menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan termasuk mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kumpulan tersebut terdiri daripada 115 warga Myanmar, 28 warga India dan 26 warga Indonesia.

Kesemua mereka telah disenarai hitam dalam sistem Jabatan Imigresen dan tidak dibenarkan memasuki semula Malaysia dalam tempoh yang ditetapkan.

Trainee2