fb fb fb fb fb

19 rumah pekerja musnah terbakar

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan 23 penghuni daripada lima keluarga berjaya menyelamatkan diri - JBPM Sarawak

BELAGA, 10 Jun - Sebanyak 19 unit rumah pekerja di Blok L, Estate Arau, Murum, dekat sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, memaklumkan menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 10 pagi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga mengambil masa hampir empat jam untuk sampai ke lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira 358 kilometer dan perlu melalui jalan ladang.

Setibanya di lokasi, Komander Operasi, Lawrance Linggi memaklumkan bahawa kesemua 19 rumah pekerja itu telah terbakar 100 peratus.

Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan 23 penghuni daripada lima keluarga berjaya menyelamatkan diri.

Empat anggota bomba dengan kekuatan satu jentera digerakkan dalam operasi tersebut.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK