fb fb fb fb fb

JPJ Johor keluarkan 5,744 notis sepanjang Aidiladha 2025

Ops Khas Sempena Hari Raya Aidiladha 2025 diadakan bermula 4-10 Jun - JPJ Johor.

JOHOR BAHRU, 10 Jun - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 5,744 notis dalam Ops Khas Sempena Hari Raya Aidiladha 2025 yang bermula 4 Jun lalu hingga hari ini.

Pengarahnya, Azmil Zainal Adnan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,993 notis dikeluarkan atas kesalahan-kesalahan lain, 1,264 notis atas kesalahan tiada lesen memandu dan 1,163 notis atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

 

Sepanjang operasi 45,395 kenderaan diperiksa - JPJ Johor

Turut direkodkan 1,021 notis atas kesalahan tiada insurans, diikuti 134 notis kerana tiada lesen vokasional, manakala selebihnya melibatkan pelbagai kesalahan utama.

Dalam tempoh operasi tersebut, sebanyak 45,395 kenderaan diperiksa, dengan 83 daripadanya disita kerana didapati tidak selamat dan tidak layak berada di atas jalan raya.

 

Tindakan diambil mengikut APJ 987 & Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 - JPJ Johor

Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 serta kaedah-kaedah dibawahnya.

JPJ turut menegaskan bahawa penguatkuasaan akan terus dipertingkat, khususnya ketika musim perayaan.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK