1,711 talian tarif Malaysia dikecualikan cukai import AS

KUALA LUMPUR, 26 Oktober -Sebanyak 1,711 talian tarif atau produk Malaysia dikecualikan daripada cukai import Amerika Syarikat (AS), hasil Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengecualian 1,711 talian tarif AS bagi produk Malaysia di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas.
  • Meliputi eksport utama seperti minyak sawit, barangan getah, produk koko, alat ganti pesawat dan farmaseutikal.
  • Pengurangan tarif dari 25% ke 19% dan pengecualian tarif 16% untuk barangan tertentu.
  • Langkah ini menyumbang hampir 12% daripada jumlah eksport Malaysia ke AS, meningkatkan daya saing eksport.
  • Komitmen perjanjian turut pertimbangkan produk strategik seperti semikonduktor dan mengukuhkan keyakinan pelabur global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pengecualian itu meliputi eksport utama Malaysia seperti minyak Sawit, barangan berasaskan getah yang dianggar menyumbang AS$5.2 bilion.

“Kita telah menjamin penurunan daripada 25% hingga 19% tahap tarif. Kita juga telah mendapat komitmen yang lebih baik daripada Amerika Syarikat, iaitu mengecualian 1,711 talian tarif daripada pengenaan tarif 16%. Meliputi eksport tahun Malaysia, seperti minyak sawit, barangan berasaskan getah, produk koko, komponen dan juga alat ganti pesawat dan farmaseutikal.

“Yang secara kolektif menyumbang hampir 12% daripada jumlah eksport kita dari Amerika Syarikat dan ini menjamin berdaya saing dalam keputusan eksport Malaysia di pasaran Amerika Syarikat,” katanya kepada media dalam Sidang Media Mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Selain itu, komitmen Malaysia bawah perjanjian tersebut akan diberi pertimbangan dalam keputusan Amerika Syarikat mengikut Seksyen 232 Akta Pengembangan Perdagangan 1962.

Ia melibatkan produk strategik seperti semikonduktor, yang menjadi antara tunjang utama sektor eksport negara.

Langkah itu dijangka memastikan kestabilan pasaran serta meningkatkan keyakinan pelabur global terhadap kedudukan Malaysia sebagai hab pembuatan bernilai tinggi di rantau ini.

Pada masa sama, penurunan tarif import turut membuka peluang lebih luas kepada produk AS untuk menembusi pasaran tempatan secara lebih kompetitif.