fb fb fb fb fb

17 pekerja kilang mual terhidu gas nitrogen bocor

SUBANG JAYA, 17 November - Seramai 17 pekerja di sebuah kilang pemprosesan makanan mengalami mual dan pening kepala akibat terhidu gas nitrogen yang bocor di sebuah premis di sini, pagi Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama anggota dari Balai Bomba Subang digegaskan ke lokasi bagi memberi bantuan awal selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.33 pagi.

"Pihak bomba telah menutup injap paip utama saluran gas terbabit dan mengarahkan semua pekerja keluar dari premis.

“Semua pekerja yang terlibat dilaporkan stabil namun dua daripadanya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

(Anggota bomba membantu pekerja kilang yang
terjejas dengan gas nitrogren bocor/FOTO JBPM Selangor)

Norazam berkata, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan premis terbabit selamat digunakan.

Media Baharu