fb fb fb fb fb

25 penduduk Orang Asli terkandas akibat tanah runtuh

(Gambar hiasan)

SEREMBAN, 17 November - Seramai 25 penduduk terdiri daripada lima keluarga yang tinggal di Kampung Orang Asli Sungai Raya di sini terputus hubungan sejak malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata, laluan yang menghubungkan kampung terbabit dengan jalan utama tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.

Katanya, kejadian itu juga turut mengakibatkan penduduk kampung terputus bekalan elektrik .

“Ketika ini belum ada sambungan elektrik dan kerja mengalihkan tanah dan pokok tumbang masih dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan anggota kita masih melakukan pemantauan di sekitar kampung berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


(Gambar hiasan)

Sementara itu dalam kejadian berasingan, beliau berkata APM turut memindahkan 60 pelajar dan guru di beberapa sekolah di Port Dickson ke Pekan Linggi dan Masjid Permatang Pasir.

"Mereka dipindahkan kira-kira pada pukul 11 pagi tadi selepas jalan raya di kawasan terbabit dinaiki air akibat banjir kilat," katanya.

Katanya, kejadian itu menyebabkan ibu bapa berdepan kesukaran tidak dapat menjemput anak mereka di sekolah yang ditutup awal bagi persediaan banjir sekiranya keadaan cuaca semakin teruk.

Media Baharu