fb fb fb fb fb

150 peserta sertai program Khidmat Komunti sempena Hari Kesukarelawanan Antarabangsa

Penaung Pertubuhan Kebajikan Anak Jati Perlis (JATI), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya/ FOTO RTM

KANGAR, 9 Disember-Seramai 150 peserta menyertai Program Khidmat Komunti sempena Hari Kesukarelawanan Antarabangsa sebagai satu tanggungjawab sosial kepada komuniti setempat khususnya di kawasan kampung.

Program kali keempat berkenaan melibatkan Pertubuhan Kebajikan Anak Jati Perlis (JATI), siswa Universiti Malaysia Peris (UniMAP) dan jawatankuasa Masjid Nurul Hikmah Wang Bintong

Menurut Penaung Pertubuhan Kebajikan Anak Jati Perlis (JATI), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, seramai 35 pelajar UniMAP terlibat melaksanakan aktiviti penukaran minyak hitam kepada 50 pemilik motosikal sebagai medium perkongsian dan pemindahan teknologi serta pengetahuan dikalangan siswa terbabit sebagai khidmat bakti.

"Program Khidmat Komuniti sebegini juga dilihat sebagai medium penting mengeratkan silaturahim dan saling hormat menghormati serta mengukuhkan perpaduan antara masyarakat khususnya di kawasan kampung selain membudayakan kesukarelawanan dikalangan pelajar .", jelas Dr Fathul.

Beliau memaklumkannya pada Program Khidmat Komuniti sempena Sambutan Hari Kesukarelawanan Antarabangsa di Masjid Nurul Hikmah, Wang Bintong.

Manakala bagi Program Gunting Rambut , ia terbuka kepada 40 individu bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan secara percuma sepajang program berlangsung.

Selain penukaran minyak hitam motosikal dan gunting rambut, turut diadakan program gotong royong yang menerima sambutan menggalakkan dari penduduk setempat

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD