fb fb fb fb fb

Hari Agrikomoditi Negara: Lebih 2,000 peserta terlibat 'Agrikomoditi Walk'

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

PUTRAJAYA, 9 Disember- Lebih 2,000 peserta terlibat dalam 'Agrikomoditi Walk' yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Agrikomoditi Negara 2023.

Menerusi aktiviti tersebut, peserta berjalan secara santai sejauh 5 kilometer (km) sepanjang laluan Persiaran Perdana, Putrajaya.

Acara pelepasan peserta disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau menyifatkan program seumpama mampu merapatkan hubungan antara kementerian dan masyarakat, selain mempromosi peranan kementerian sebagai tunjang ekonomi negara dalam sektor agrikomoditi.

"Disamping jalan-jalan ini, kita juga ada pameran yang mana untuk beri kesedaran kepada rakyat kita apakah sebenarnya fungsi dan peranan Kementerian Perladangan dan Komoditi. Kita pamerkan dari segi perkhidmatan dan produk-produk", katanya.

"Ia bukan sahaja bertujuan untuk memberi kesedaran, yang lebih penting untuk melakukan amalan sihat kepada rakyat kita dan aktiviti berjalan adalah satu amalan yang sihat dan patut jadi budaya rakyat kita. Pagi-pagi berjalan untuk pastikan kita sihat tubuh badan dan cergas minda kita

Datuk Seri Fadillah ditemui pemberita selepas sesi pelepasan peserta Agrikomoditi Walk di Putrajaya.

ROSLINA BINTI DIN