GEORGE TOWN, 17 Oktober- Seramai 150 masyarakat Hindu di sini menerima barangan keperluan harian dan wang tunai sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi.
Presiden Persatuan Penang Hindu Sabha, M. Kirubanandhan berkata, bantuan diberi bagi membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan B40.
Penerima sumbangan terdiri daripada warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
"Sudah tiga tahun kita tidak meraikan Deepavali akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Diharapkan bantuan seumpama ini dapat menceriakan dan memberi pengertian besar bagi mereka meraikan sambutan Deepavali tidak lama lagi," katanya di sini.
(Sebahagian penerima sumbangan)
Antara yang disumbangkan termasuk barangan keperluan asas seperti beras, gula dan minyak.