fb fb fb fb fb

Nahas bas kilang: Dua parah, sembilan cedera

SHAH ALAM, 17 Oktober- Dua parah dan sembilan lagi cedera selepas bas kilang dinaiki mereka terbabas di Shah Alam, Selangor pagi tadi.

Salah seorang daripada mangsa tersepit dan hanya berjaya keluar dengan bantuan bomba.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis kejadian berlaku di Jalan Batu 3 Lama kira-kira pukul 6.30 pagi.

Nahas terjadi selepas bas kilang dinaiki 11 pekerja itu hilang kawalan dan terlanggar tiang papan iklan.

Dua daripada penumpang patah kaki. Sembilan lagi mengalami kecederaan ringan.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan.


(Keadaan bas kilang yang hilang kawalan dan terlanggar tiang papan iklan)

Media Baharu