BANGI, 14 Mei - Umat Islam disaran untuk menghayati surah Al- Hujurat sebagai panduan bagi membentuk personaliti yang beradab dan berakhlak.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata surah tersebut amat relevan untuk membimbing umat Islam dalam hidup bermasyarakat.
"Kalau tadi dalam penceritaan dan huraian daripada penceramah, surah Al Hujurat memberi panduan dan bimbingan tentang adab terhadap Allah SWT, Rasullullah SAW dan manusia tidak kira setinggi manapun ilmu yang kita miliki," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri siri jelajah Usrah Madani 9.0 bertemakan ‘Adab Hidup Bermasyarakat : Pedoman Tadabbur Surah Al-Hujurat di Universiti Islam Selangor.
Ia disampaikan oleh ulama hadith tersohor Asy Syaikh Majd Makki dari Syria yang dijadualkan menyampaikan ilmu hadith dan tafsir di beberapa buah negeri sehingga 17 Mei ini.