fb fb fb fb fb

Kesedaran orang ramai dapatkan nasihat kewangan meningkat

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Kesedaran orang ramai yang ingin tahu tentang kedudukan kewangan mereka semakin meningkat.

Menurut Penasihat Kewangan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Rohanizam Talib, statistik yang dikeluarkan oleh AKPK menunjukkan bahawa seramai 1.2 juta orang telah mendapatkan khidmat nasihat kewangan mereka di agensi berkenaan.

"Sebenarnya ramai ataupun banyak outreach yang kita telah buat, lakukan dan kepada mereka yg datang kepada AKPK, kita lihat ada keperluan untuk mereka dibantu dari segi pengurusan kewangan ataupun solusi kewangan", katanya selepas Ekspo Perumahan dan Hartanah di ibu negara.


(Penasihat Kewangan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),
Rohanizam Talib)

"Mereka yang mempunyai masalah keberhutangan pun kita telah bantu melalui program AKPK iaitu 'Program Pengurusan Hutang'. Menerusi program itu, solusi diberikan kepada mereka yang hendak memperbetulkan semula kedudukan kewangan mereka", katanya.

Beliau berkata orang ramai perlu dididik terlebih dahulu berkenaan kedudukan kewangan mereka sebelum membuat sebarang pinjaman agar tidak terbeban dengan masalah hutang di masa hadapan.

Sebagai agensi di bawah Bank Negara, AKPK menyediakan khidmat nasihat secara percuma kepada semua individu.

Media Baharu