fb fb fb fb fb

Dua PPS dibuka di Kedah

ALOR SETAR, 17 Oktober- Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kubang Pasu dan Langkawi setakat pukul 8.00 pagi tadi susulan hujan berterusan yang mengakibatkan banjir di kawasan terlibat.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, dua PPS berkenaan menempatkan 62 penduduk daripada 15 buah keluarga.

"Di daerah Kubang Pasu, PPS dibuka di Sekolah Menengah Changloon dengan menempatkan 24 penduduk terjejas daripada lima keluarga.

Penduduk yang terjejas melibatkan 13 buah rumah daripada Kampung Nangmah, Kampung Paya Lantau dan Kampung Paya Nongmi," katanya.

(PPS di Sekolah Menengah Changloon di Kubang Pasu menempatkan 24 penduduk terjejas
banjir daripada lima keluarga / Foto APM Kubang Pasu)

Tambah beliau, APM menerima laporan berhubung kejadian banjir di kawasan berkenaan pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Media Baharu