fb fb fb fb fb

500 ahli COMBI bantu banteras denggi di Pulau Pinang

Gambar hiasan

GEORGE TOWN, 21 Julai – Seramai 500 individu di Pulau Pinang telah mendaftar sebagai ahli Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) bagi menangani masalah denggi di negara ini.

Pengerusi COMBI Pulau Pinang, Prof Madya Nur Faeza Abu Kassim berkata majoriti ahli terdiri daripada pemimpin komuniti, termasuk warga emas berusia 75 tahun.

“Tugas utama My Champion COMBI ini adalah sebagai pengubah sikap komuniti untuk melaksanakan aktiviti search and destroy.

"Antara aktiviti utama ialah gotong-royong mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di samping menyalurkan pendidikan kesihatan kepada komuniti setempat,” katanya dalam sesi temu bual di RTM Pulau Pinang, hari ini.

2107 COMBI PENGARAHPengerusi COMBI Pulau Pinang, Prof Madya Nur Faeza Abu Kassim

Sejak ditubuhkan pada 2006, sukarelawan COMBI kini aktif di 225 lokaliti di seluruh negeri ini, dengan pelaksanaan aktiviti search and destroy secara konsisten setiap minggu.

Beliau berkata, ahli COMBI turut diberikan latihan dan bengkel setiap tahun bagi memastikan keberkesanan usaha membanteras denggi di peringkat komuniti.

COMBI diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2001 sebagai salah satu strategi Kementerian Komunikasi (KKM) untuk mencegah dan mengawal denggi.

Pasukan COMBI melaksanakan tanggungjawab mereka secara sukarela dan berperanan sebagai pengantara kepada pihak kementerian dengan komuniti.

GRACE AISYAH KEDAYAN