fb fb fb fb fb

Tiup seksofon sambil dibedah otak

ROM, 17 Oktober- Seorang pemain muzik Itali berusia 35 tahun menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di otaknya sambil meniup saksofon.

Pembedahan di Hospital Antarabangsa Paideia itu diketuai pakar bedah otak, Christian Brogna yang pakar dalam bidang pembedahan ketika keadaan sedar.

Ahli muzik itu meniup saksofon sepanjang pembedahan yang mengambil masa sembilan jam.

(Seorang pesakit meniup seksofon ketika sekumpulan doktor sedang menjalankan
pembedahan otak terhadapnya / Foto Instagram @alicemartinelli)

Dia memainkan lagu 'Love Story' nyanyian Andy Williams dan lagu kebangsaan Itali.

Pembedahan tersebut berjaya dan pemuzik berkenaan dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.

Media Baharu