fb fb fb fb fb

Perkasa tenaga nuklear, Malaysia perlu contohi Perancis - TPM Fadillah

Foto FB TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 13 Mei- Malaysia perlu mencontohi pengetahuan dan pengalaman Perancis dalam membangunkan sektor tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dalam kenyataan di Facebook berkata ia susulan kejayaan Perancis dalam membekalkan kira-kira 70 peratus keperluan bekalan tenaga elektrik bersih menerusi 57 unit loji jana kuasa nuklear.

Terdahulu, Datuk Seri Fadillah menghadiri sesi perkongsian ilmu bersama pihak berkuasa dan agensi utama Perancis yang terlibat dalam sektor nuklear.

Fokus perbincangan tertumpu kepada kerangka kawal selia dan tadbir urus serta penyelidikan dan pembangunan teknologi, kepakaran dan modal insan dalam bidang berkenaan.

"Sesi ini telah memberi peluang untuk memahami peranan dan fungsi penting institusi yang terlibat dengan kawal selia dan tadbir urus nuklear di Perancis serta program dan perkhidmatan sokongan yang disediakan kepada negara yang berminat melaksanakan program nuklear.

Antaranya, Support to Newcomer Countries (EDF), Human Capacity Building (I2EN), Engineering Support (Assystem), Regulatory framework (ASNR), Waste Management (ANDRA), R&D and Innovation (CEA)," kata Datuk Seri Fadillah dalam kenyataan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM