MOSCOW, 13 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Moscow bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Rusia.
Beliau disambut dengan kawalan kehormat sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo pada 6.26 petang waktu tempatan (11.26 malam waktu Malaysia).
Anwar akan berada di Moscow sehingga 15 Mei sebelum meneruskan perjalanan ke Kazan bagi menghadiri Kazan Forum 2024.
Lebih 70 delegasi Malaysia daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan turut serta dalam lawatan strategik ini.
Ini lawatan pertama Perdana Menteri Malaysia ke Rusia dalam tempoh hampir dua dekad, kali terakhir kunjungan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Jun 2007.