fb fb fb fb fb

Isu penempatan di UUM selesai

SINTOK, 17 Oktober- Isu penempatan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di Inapan Siswa (INASIS) selesai sebelum kuliah bermula pada minggu ini.

Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah memaklumkan, kesemua 17,708 pelajar yang memohon telah mendapat tempat penginapan.

"Penempatan juga disediakan kepada 500 pelajar rayuan yang akan mula mendaftar pada 1 November 2022.

Urusan penginapan pelajar sedia ada iaitu semester kedua dan berikutnya dibuat sebaik sahaja pendaftaran dan penempatan pelajar baharu semester pertama sesi 2022/2023 pada 11 Oktober lalu membabitkan 4,106 pelajar," katanya menerusi kenyataan.

(Foto fail)

Tambah beliau, UUM mempunyai 15 kolej kediaman iaitu INASIS dan penginapan tambahan di kawasan Perumahan Sisiran Naib Canselor UUM, Perumahan Sisiran Sintok UUM, Perumahan Taman Universiti UUM dan rumah-rumah universiti yang ada di dalam kampus UUM.

Pengurusan universiti sentiasa memastikan keperluan pelajar dipenuhi sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

Media Baharu