fb fb fb fb fb

15 motosikal terbakar di Seberang Jaya

SEBERANG JAYA, 2 Februari- Sebanyak 15 motosikal yang diparkir di kawasan meletak kenderaan di Flat Tuna D4 di sini terbakar awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Shahrul Munawer Taharen berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.11 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai terus ke lokasi kebakaran.

Sebaik tiba, pihak bomba mendapati 15 motosikal yang berada di kawasan parkir sedang terbakar dan operasi memadam api segera dijalankan bagi mengelak kebakaran merebak ke kenderaan lain

"Sembilan motosikal terbakar lebih 95 peratus manakala selebihnya 50 peratus.

"Kebakaran turut menyebabkan sebuah stor penyimpanan peralatan sembahyang berkeluasan 2.787 meter persegi musnah lebih 80 peratus," katanya menerusi kenyataan.

Tiada kemalangan jiwa atau mangsa cedera dalam insiden tersebut.

Kebakaran berjaya dipadam pada pukul 5.40 pagi dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.


(Foto JBPM Pulau Pinang)

Media Baharu